Memaparkan catatan dengan label Aktiviti SCPH Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti SCPH Selangor. Papar semua catatan

Isnin, 24 Oktober 2016

Prakarsa Penyelia SCPH Selangor 2016

Bangi, 23 Oktober - Satu program yang diberi nama Program 'Prakarsa Penyelia SCPH Selangor 2016' telah diadakan di German-Malaysian Institute, Bangi.

Program yang menghimpunkan semua Penyelia Kelas Silat Cekak Pusaka Hanafi di negeri Selangor ini adalah bertujuan untuk menyelaras serta memantapkan lagi cara penyampaian Silat Cekak Pusaka Hanafi di setiap kelas Silat Cekak Pusaka Hanafi di negeri Selangor.

Program yang dibahagikan kepada sesi pagi dan petang itu dimulakan pada pukul 9.00 pagi dengan taklimat oleh Encik Zamri bin Hasan selaku Setiausaha Majlis Perguruan dan Persilatan (MPP) Silat Cekak Pusaka Hanafi, yang menceritakan dengan lebih mendalam pentingnya peranan seseorang tenaga pengajar Silat Cekak Pusaka Hanafi dalam menyampaikan ilmu Silat Cekak Pusaka Hanafi ini kepada masyarakat.

Sesi petang program diteruskan dengan perkongsian pengalaman (praktikal buah silat) oleh salah seorang daripada Ahli Majlis Perguruan dan Persilatan (MPP) Silat Cekak Pusaka Hanafi, Encik Poizi bin Nawi.

Program berakhir pada jam 6.00 petang.




Ahad, 24 Julai 2016

Majlis Aidilfiri SCPH Selangor 1437H / 2016

Shah Alam, 23 Julai - Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Selangor telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri bertempat di Rumah Persatuan SCPH Selangor yang beralamat di No 1, Jalan Kundang 4/7D, Seksyen 4, 40000 Shah Alam.

Majlis yang bermula seawal jam 12 tengahari itu dihadiri oleh sekurang-kurangnya 200 ahli persatuan & keluarga, ahli MEK & MPP PSSCPUHM, rakan taulan serta jiran tetangga.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YM Syeikh DR Hj Md Radzi bin Hj Hanafi, Pewaris Mutlak Silat Cekak.

Majlis berakhir pada jam 6 petang.








Isnin, 27 Jun 2016

Majlis Iftar Ramadan Anjuran Silat Cekak Pusaka Hanafi Selangor

Shah Alam, 26 Jun - Satu Majlis Iftar Ramadan anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Selangor telah diadakan di Bistro Qaseh, 2, Jalan Boling Padang F 13/F, Seksyen 13, 40100 Shah Alam.

Majlis tersebut dihadiri oleh lebih kurang 50 orang ahli Silat Cekak Pusaka Hanafi Selangor dan juga ahli dari kawasan sekitar Lembah Kelang.

Dalam tazkirah ringkas oleh Pewaris Mutlak Silat Cekak, YM Syeikh DR Hj Md Radzi bin Hj Hanafi sementara menunggu waktu berbuka, beliau sekali lagi menekankan tentang pentingnya meningkatkan kefahaman tentang ibadah puasa bagi mempertingkatkan mutu ibadah puasa yang dilaksanakan dalam bulan Ramadan ini.

Majlis juga diselitkan dengan sambutan hari ulang tahun kelahiran Puan Hajjah Mazita binti Haji Mohd Salleh, isteri kepada YM Syeikh DR Hj Md Radzi bin Hj Hanafi.