Silat Cekak telah diasas dan dizahirkan kembali oleh Allahyarham Ustaz Hanafi Bin Hj. Ahmad pada tanggal 5 Ramadan 1385H bersamaan 28 Disember 1965.
Silat ini berasal dari Kedah dan berdasarkan dari cerita guru ke guru silat ini pernah digunakan oleh panglima panglima kanan istana di zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin II.
Bermula dengan bernaung di bawah Perkumpulan Sari Budaya Negeri Kedah, Silat Cekak kemudiannya bergerak di bawah nama-nama seperti Persatuan Bawean Putra, Persatuan Seni Silat Kedah Malaysia, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.
Kini, Silat Cekak yang benar-benar seperti yang dianjurkan pembawaannya oleh Allahyarham Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad adalah dikenali dengan nama Silat Cekak Pusaka Hanafi, dan digerakkan melalui pertubuhan induk Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan