Khamis, 3 Mac 2016

Pertubuhan Induk Silat Cekak Pusaka Hanafi: Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia

Silat Cekak Pusaka Hanafi diperingkat Malaysia adalah digerakkan oleh sebuah pertubuhan induk iaitu Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia, yang mana dibawahnya bernaung semua pertubuhan-pertubuhan yang menggerakkan Silat Cekak Pusaka Hanafi diperingkat Negeri sebagai Ahli Gabungan kepada Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia.

Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia adalah merupakan sebuah persatuan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), yang menjadi jentera penggerak dalam menyampai dan mengembangkan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi di Malaysia khususnya dan di peringkat antarabangsa amnya.


Silat Cekak Pusaka Hanafi ialah seni silat bela diri yang benar-benar asli yang berasal dari Negeri Kedah, serta mempunyai kaedah-kaedah yang tetap dengan buah-buah pukulan dan kunci-kunci tangkapan yang cukup lengkap dan kemas.

Seni gerakan didalam silat ini adalah berasaskan gerak geri semula jadi manusia yang berpandukan kepada akal fikiran yang waras, jiwa yang tenang, dan selari dengan prinsip-prinsip agama Islam.

Sistem pembelajarannya lebih menitik-beratkan kepada aspek mempertahankan diri agar pengamalnya lebih terlatih dengan sifat berani, dan bukannya dengan sifat yang ganas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan