Sabtu, 20 Februari 2016

Pewaris Mutlak Silat Cekak

Silat Cekak Pusaka Hanafi diterajui oleh YM Syeikh DR. Hj. Md. Radzi bin Hj Hanafi, yang merupakan anak keempat kepada pengasas Seni Silat Cekak itu sendiri, iaitu Almarhum Ustaz Hj Hanafi bin Hj Ahmad.


YM Syeikh DR. Hj. Md. Radzi bin Hj Hanafi memperoleh mandat melalui sanad & salasilah perguruan (persilatan) yang sah pada 19 Mei 1993.

Dianugerahkan sebagai ‘Tokoh Penggiat Seni’ pada tahun 2013 oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKN WPKL), dan juga anugerah Doktor Kehormat daripada Asia Pacific Open University of Martial Arts (APACMA) pada 2012 (juga merupakan ahli senat APACMA), membuktikan ketokohan beliau dalam memimpin sesebuah masyarakat.

Antara anugerah lain yang diterimanya adalah:
  • Tahun 2015, dikurniakan Bintang Kebaktian Masyarakat (B.K.M.) bersempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Kedah Darul Aman yang ke-89 bertempat di Istana Anak Bukit Alor Setar, Kedah.
  • Tahun 2016, dikurniakan Johan Mahkota Wilayah (J.M.W.) oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersempena Hari Wilayah Persekutuan bertempat di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Sebagai Pewaris Mutlak kepada perjuangan Almarhum Ustaz Hanafi Haji Ahmad, beliau amat yakin bahawa Silat Cekak Pusaka Hanafi ini dapat dikembangkan dan dimajukan bersesuaian dengan keperluan dan kehendak semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan