Ahad, 12 Jun 2016

Program Pembangunan Sukan MPSJ: Silat Cekak Pusaka Hanafi

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah menganjurkan Program Pembangunan Sukan Peringkat MPSJ.

Silat Cekak Pusaka Hanafi adalah antara pertubuhan yang turut serta bersama-sama dalam program tersebut.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang lokasi Kelas-kelas Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi yang terletak di dalam kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), sila rujuk di sini.


MPSJ anjur program pembangunan sukan, galak belia produktif

Jun 11, 2016 / Ezli
OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 11 JUN : Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menganjurkan program Pembangunan Sukan peringkat MPSJ bagi menggalakkan golongan muda secara aktif melalui aktiviti riadah sukan dengan lebih produktif.

Program berteraskan pembangunan sukan Muay Thai dan Silat Cekak Pusaka Hanafi terbuka kepada masyarakat Perbandaran Subang Jaya di Stadium MPSJ, Serdang Jaya, bermula sejak Jun lalu.

Bagi program kesukanan Muay Thai, yuran pendaftaran serendah RM40.00 sebulan dengan kelas dibuka setiap jam 8.00 hingga 9.00 pagi dan jam 9.00 hingga 10.00 pagi.

Kelas pembelajaran dibuka kepada masyarakat berumur 18 tahun ke bawah. Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Puan Faznur di talian 013-7479527.

Sementara bagi program sukan Silat Cekak Pusaka Hanafi, kelas dibuka setiap Selasa dan Jumaat bermula jam 9.00 malam hingga 11.00 malam.

Yuran pendaftaran serendah RM60.00 setiap sesi dan kelas dibuka kepada lelaki dan wanita Islam berumur 13 tahun ke atas.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Encik Amir di talian 012-2794773.

EZY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan