Khamis, 25 Ogos 2016

Majlis Pengijazahan Silat Cekak Pusaka Hanafi di MMU Cyberjaya

Cyberjaya, 24 Ogos - Satu Majlis Pengijazahan Silat Cekak Pusaka Hanafi anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi MMU Cyberjaya telah sekali lagi diadakan di Surau MMU Cyberjaya.

Majlis yang bermula kira-kira jam 9.00 malam itu dihadiri oleh lebih kurang 200 orang ahli Silat Cekak Pusaka Hanafi yang terdiri daripada Ahli Baru, Ahli Peringkat Jatuh, Ahli Peringkat Potong, Ahli Tamat, dan juga para Tenaga Pengajar Silat Cekak Pusaka Hanafi dari kelas-kelas latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi di sekitar kawasan Lembah Kelang dan Negeri Selangor.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Pewaris Mutlak Silat Cekak YM Syeikh Dr Hj Md Radzi bin Hj Hanafi yang telah sudi hadir menyempurnakan majlis, juga kepada semua yang terlibat.

Tahniah diucapkan kepada barisan Jawatankuasa PSSCPUH MMU Cyberjaya diatas penganjuran majlis yang berjalan dengan lancar.

Majlis berakhir kira-kira jam 11.15 malam. 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan