Sabtu, 5 Mac 2016

Pengasas / Pemimpin Agung Silat Cekak

Allahyarham Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dikenali sebagai 'Pengasas' dan 'Pemimpin Agung Silat Cekak' diatas jasanya menzahirkan semula Silat Cekak seterusnya menggerakkannya dengan cara yang bersistematik bersesuaian dengan peredaran zaman. 

Allahyarham Ustaz Hanafi mula berkecimpung dalam memperjuangkan Seni Silat Cekak ini sejak dari tahun 1965 lagi.

Bermula dengan mengembangkan Silat Cekak ini dengan bernaung di bawah Perkumpulan Sari Budaya Negeri Kedah, Silat Cekak dibawah pimpinannya kemudiannya bergerak melalui nama-nama seperti Persatuan Bawean Putra, Persatuan Seni Silat Kedah Malaysia, sehinggalah ke nama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad telah kembali ke Rahmatullah pada tanggal 13 Ogos 1986, di rumah beliau di Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur pada usia 63 tahun. Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Keramat Permai, Kuala Lumpur. Al-Fatihah.

Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad (1923 - 1986)
Pengasas / Pemimpin Agung Silat Cekak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan