Sabtu, 14 Mei 2016

Silat Cekak Pusaka Hanafi di Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) Peringkat Hulu Langat

Hulu Langat, 13 Mei - Majlis perasmian program Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) Peringkat Hulu Langat anjuran Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa & Kampung Tradisi, telah dilangsungkan di Masjid Kariah Rinching Hilir, Kampung Rinching Hilir.

Karnival yang dijadualkan berlangsung 13-14 Mei 2016 itu telah dirasmikan oleh wakil kepada Menteri Besar Selangor, YB Dato Dr Ahmad Yunus Bin Hairi (Exco Kerajaan Negeri Selangor).

Pelbagai acara menarik telah disusun untuk disajikan kepada semua pengunjung yang hadir sepanjang berlangsungnya karnival.

Ahli-ahli Silat Cekak Pusaka Hanafi juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama dengan dengan pemimpin serta masyarakat setempat bagi memeriahkan lagi sambutan karnival tersebut dengan mengadakan persembahan bersempena acara perasmian program tersebut.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan