Jumaat, 20 Mei 2016

Silat Cekak Pusaka Hanafi di Limkokwing University Cultural Festival

Cyberjaya, 20 Mei - Limkokwing University atas inisiatif badan wakil pelajarnya dengan kerjasama pelbagai persatuan dan kelab kebudayaan universiti tersebut telah menganjurkan sebuah festival berkenaan budaya, World Cultural Festival.

Festival yang dijadualkan berlangsung selama satu hari itu telah dirasmikan pada jam lebih kurang 11.00 pagi, dan menerima sekurang-kurangnya 1000 orang pengunjung pada acara perasmiannya.

Pelbagai acara menarik diatur bagi memeriahkan Festival tersebut, temasuklah persembahan daripada artis, Najwa Latif, Sona-One, dan lain-lain, yang bermula pada jam 8.00 malam.

Silat Cekak Pusaka Hanafi juga telah dijemput (melalui Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Multimedia University) untuk mengadakan persembahan pada jam 3.00 petang. Skuad persembahan Silat Cekak Pusaka Hanafi diwakili oleh seramai 12 orang ahli yang terdiri daripada ahli-ahli Silat Cekak Pusaka Hanafi dari German-Malaysian Institue (GMI), Kolej Polytech MARA (KPTM), Kolej Mutiara Kajang, dan juga Multimedia University (MMU).

Penerangan tentang Silat Cekak Pusaka Hanafi telah diberikan oleh saudara Mohamed Azwandy bertempat di Pentas Utama berlangsungnya festival tersebut.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan