Memaparkan catatan dengan label Majlis Ilmu 2016. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis Ilmu 2016. Papar semua catatan

Ahad, 17 April 2016

Lebih 300 Orang Ahli Hadiri Majlis Ilmu 2016

Kuala Lumpur, 16 April - Lebih kurang 300 orang ahli Silat Cekak Pusaka Hanafi telah menghadiri program Majlis Ilmu 2016 yang diadakan di Rumah Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi di Taman Melawati Kuala Lumpur pada malam ini.

Program Majlis Ilmu 2016 ini adalah anjuran Biro Agama Sektor Pembangunan Kuala Lumpur Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia, bersama-sama dengan NGO SrikandiPRO.

Program yang bermula pada jam 8.30 malam ini merupakan sebuah platform yang amat ditunggu-tunggu penganjurannya oleh ahli-ahli Silat Cekak Pusaka Hanafi, bagi menambahkan ilmu serta meningkatkan kefahaman masing-masing terhadap apa yang telah dipelajari melalui pembelajaran Silat Cekak Pusaka Hanafi.

Majlis Ilmu 2016 ini disempurnakan oleh Pewaris Mutlak Silat Cekak, YM Syeikh DR Hj Md Radzi bin Hj Hanafi, dengan penyampaian ceramahnya yang menekankan tentang 'pentingnya seseorang Islam itu untuk menambah ilmu serta meningkatkan kefahaman agama bagi menjaga aqidah'.

Bagi meneruskan kesinambungan program-program seperti pada malam ini (Majlis Ilmu 2016), YM Syeikh DR Hj Md Radzi bin Hj Hanafi bercadang untuk merencana program-program yang seumpama dengan pengisian ceramah yang berlainan (tajuk ceramah) yang difikirkan sesuai pada masa-masa akan datang.

Majlis berakhir lebih kurang jam 10.30 malam.




Selasa, 12 April 2016

Majlis Ilmu 2016 (16 April 2016) Silat Cekak Pusaka Hanafi

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Agama Sektor Pembangunan Kuala Lumpur Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia, bersama-sama dengan SrikandiPRO akan menganjurkan program Majlis Ilmu 2016 (Bil 01) seperti berikut:

Tarikh:
16hb April 2016 (Sabtu).

Masa:
Bermula jam 8.00 malam.

Tempat:
Rumah Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi, 
No 563, Jalan F16, Taman Melawati,
53100 Kuala Lumpur.

Pakaian:
Kemas, sopan dan bersesuaian.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua Ahli Silat Cekak Pusaka Hanafi Malaysia.

Sila maklumkan pengesahan kehadiran tuan/puan ke Majlis tersebut (melalui whatsapp @ SMS) selewat-lewatnya pada 13hb April 2016 kepada:
  • Rina @ 019-276 2177
  • Tina @ 016-421 9321