Sabtu, 20 Februari 2016

Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Selangor

Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Selangor adalah merupakan sebuah persatuan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (diluluskan pendaftarannya pada 28hb Disember 2015), yang menjadi jentera penggerak dalam menyampai dan mengembangkan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi di peringkat Malaysia amnya dan di Negeri Selangor khususnya.

Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Selangor juga adalah merupakan Ahli Gabungan kepada Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia.

Silat Cekak Pusaka Hanafi ialah seni silat bela diri yang benar-benar asli yang berasal dari Negeri Kedah, serta mempunyai kaedah-kaedah yang tetap dengan buah-buah pukulan dan kunci-kunci tangkapan yang cukup lengkap dan kemas.

Seni gerakan didalam silat ini adalah berasaskan gerak geri semula jadi manusia yang berpandukan kepada akal fikiran yang waras, jiwa yang tenang, dan selari dengan prinsip-prinsip agama Islam.

Sistem pembelajarannya lebih menitik-beratkan kepada aspek mempertahankan diri agar pengamalnya lebih terlatih dengan sifat berani, dan bukannya dengan sifat yang ganas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan