Isnin, 24 Oktober 2016

Prakarsa Penyelia SCPH Selangor 2016

Bangi, 23 Oktober - Satu program yang diberi nama Program 'Prakarsa Penyelia SCPH Selangor 2016' telah diadakan di German-Malaysian Institute, Bangi.

Program yang menghimpunkan semua Penyelia Kelas Silat Cekak Pusaka Hanafi di negeri Selangor ini adalah bertujuan untuk menyelaras serta memantapkan lagi cara penyampaian Silat Cekak Pusaka Hanafi di setiap kelas Silat Cekak Pusaka Hanafi di negeri Selangor.

Program yang dibahagikan kepada sesi pagi dan petang itu dimulakan pada pukul 9.00 pagi dengan taklimat oleh Encik Zamri bin Hasan selaku Setiausaha Majlis Perguruan dan Persilatan (MPP) Silat Cekak Pusaka Hanafi, yang menceritakan dengan lebih mendalam pentingnya peranan seseorang tenaga pengajar Silat Cekak Pusaka Hanafi dalam menyampaikan ilmu Silat Cekak Pusaka Hanafi ini kepada masyarakat.

Sesi petang program diteruskan dengan perkongsian pengalaman (praktikal buah silat) oleh salah seorang daripada Ahli Majlis Perguruan dan Persilatan (MPP) Silat Cekak Pusaka Hanafi, Encik Poizi bin Nawi.

Program berakhir pada jam 6.00 petang.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan