Ahad, 1 Mei 2016

Silat Cekak Pusaka Hanafi di Program Senam Zikir II & Karnival PIBG SMKDABB

Bandar Baru Bangi, 30 April - Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda (SMKDABB) Sungai Merab, telah mengadakan Program Senam Zikir II sekaligus dengan Karnival PIBG sekolah tersebut.

Program Senam Zikir kali ini adalah merupakan kali yang kedua diadakan, yang mana kali pertama program Senam Zikir itu diperkenalkan adalah pada tahun 2015.

Program Senam Zikir II dan Karnival PIBG tersebut diadakan bertempat di Dewan Perdana SMK Dato' Abu Bakar Baginda itu sendiri, bermula jam 8.00 pagi sehinggalah 4.00 petang.

Antara acara menarik yang turut memeriahkan program tersebut ialah persembahan oleh Silat Cekak Pusaka Hanafi, Silat Seni Gayung, dan juga persembahan oleh Kumpulan Hilwan.

Seramai 22 orang ahli Silat Cekak Pusaka Hanafi yang telah menjayakan persembahan di program tersebut adalah terdiri daripada gabungan ahli-ahli Silat Cekak Pusaka Hanafi German-Malaysian Institute (GMI) Bangi, Kolej Polytech MARA (KPTM) Bangi, dan juga ahli-ahli Silat Cekak Pusaka Hanafi dari SMK Dato' Abu Bakar Baginda itu sendiri.

Jika dilihat dari sudut kekerapan diadakan serta sambutan yang diberikan terhadap Program Senam Zikir II & Karnival PIBG, adalah tidak mustahil penganjuran program ini akan dijadikan aktiviti tahunan bagi SMK Dato' Abu Bakar Baginda.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan