Khamis, 21 April 2016

Lebih 200 Ahli Hadiri Majlis Pengijazahan Silat Cekak Pusaka Hanafi MMU Cyberjaya

Cyberjaya, 20 April - Satu Majlis Pengijazahan Silat Cekak Pusaka Hanafi anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi MMU Cyberjaya telah diadakan di Surau MMU Cyberjaya.

Majlis yang bermula kira-kira jam 10.00 malam itu dihadiri oleh lebih dari 200 orang ahli yang terdiri daripada Ahli Baru, Ahli Peringkat Jatuh, Ahli Peringkat Potong, dan juga para Tenaga Pengajar Silat Cekak Pusaka Hanafi dari kelas-kelas latihan yang berdekatan.

Majlis kali ini juga turut menyaksikan penyertaan kali pertama oleh 37 pelajar dari Sekolah Seri Puteri Cyberjaya melalui Kelab Silat Cekak Pusaka Hanafi di sekolah tersebut yang baharu ditubuhkan lebih kurang dua minggu yang lepas.  

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Pewaris Mutlak Silat Cekak YM Syeikh Dr Hj Md Radzi bin Hj Hanafi yang telah sudi hadir menyempurnakan majlis, juga kepada semua yang terlibat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan