Khamis, 5 Mei 2016

Majlis Pengijazahan Silat Cekak Pusaka Hanafi di SMK Dato' Abu Bakar Baginda

Bandar Baru Bangi, 4 Mei - Satu Majlis Pengijazahan Silat Cekak Pusaka Hanafi telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda (SMKDABB), Sungai Merab.

Majlis yang bermula kira-kira jam 11.00 pagi itu dihadiri oleh lebih daripada 50 orang ahli yang terdiri daripada Ahli Baru, Ahli Peringkat Jatuh, Ahli Peringkat Potong, dan juga para Guru-guru Penasihat serta Tenaga Pengajar Silat Cekak Pusaka Hanafi dari Kelas Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi SMKDABB itu sendiri.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Pewaris Mutlak Silat Cekak YM Syeikh Dr Hj Md Radzi bin Hj Hanafi yang telah sudi hadir menyempurnakan majlis, juga kepada semua yang terlibat.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan