Rabu, 2 Mac 2016

Silat Cekak Pusaka Hanafi Pemegang Rekod Dunia Dalam Kategori 'The Largest Silat Lesson'

Silat Cekak Pusaka Hanafi melalui Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia telah berjaya mencatat nama di dalam Guiness World Records dalam kategori 'The Largest Silat Lesson'.

Percubaan Silat Cekak Pusaka Hanafi untuk mencatat Rekod Dunia ini telah berlangsung pada 29hb Ogos 2015 bertempat di Stadium Merdeka Kuala Lumpur, Malaysia, dengan dipimpin oleh Pewaris Mutlak Silat Cekak, DR MD RADZI BIN HANAFI, yang melibatkan seramai 12,393 orang bilangan penyertaan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan