Isnin, 28 Mac 2016

Kejuaraan Wajadiri Silat Cekak Pusaka Hanafi 2016

Lebih kurang 3,500 belia daripada 66 buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Sekolah telah menyertai Festival Silat Kuala Lumpur: Kejuaraan Wajadiri Silat Cekak Pusaka Hanafi 2016 MySilat-DBKL, anjuran Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia, yang diadakan pada 26 Mac 2016 yang lalu di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur.

Kejuaraan Wajadiri ini adalah merupakan acara tahunan yang diadakan bertujuan memupuk semangat perpaduan dan kekitaan yang jitu dalam kalangan ahli Silat Cekak Pusaka Hanafi.

Majlis penutupan program kali ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang turut menyempurnakan kempen 'Kami Menyokong Generasi Bebas Asap Rokok'.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Datuk Norliza binti Rofli.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan