Isnin, 13 Mac 2017

Kejuaraan Wajadiri Silat Cekak Pusaka Hanafi 2017

Balik Pulau, 11 Mac - Sekurang-kurangnya seramai 3,000 orang ahli Silat Cekak Pusaka Hanafi daripada 86 buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Sekolah telah hadir ke Kejuaraan Wajadiri Silat Cekak Pusaka Hanafi 2017, anjuran bersama Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia dan Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Pulau Pinang dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan, yang diadakan di Kompleks Sukan Balik Pulau, Pulau Pinang.

Kejuaraan Wajadiri pada kali ini adalah merupakan kejuaraan kali yang ke-20 diadakan, dimana ianya merupakan Acara Tahunan Silat Cekak Pusaka Hanafi yang diadakan bertujuan memupuk semangat perpaduan dan kekitaan yang jitu dalam kalangan ahli Silat Cekak Pusaka Hanafi khususnya dan masyarakat amnya.

Majlis Perasmian Pembukaan Kejuaraan telah disempurnakan oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas.

Sejurus sebelum Majlis Perasmian Penutupan pada kali ini, para hadirin telah berpeluang menyaksikan persembahan silat yang dipersembahkan sendiri oleh Pewaris Mutlak Silat Cekak, YM Syeikh DR Haji Md Radzi bin Haji Hanafi bersama-sama dengan beberapa sahabatnya.

Majlis Perasmian Penutupan Kejuaraan pada kali ini pula telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB. Dato' Haji Mohd Rashid bin Hasnon.

Bagi tahun 2018 pula, Kejuaraan Wajadiri Silat Cekak Pusaka Hanafi ini telah diisytiharkan oleh Pewaris Mutlak Silat Cekak, yang mana ianya akan dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Selangor sebagai Tuan Rumah Kejuaraan.

Program berakhir lebih kurang jam 6.30 petang.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan