Sabtu, 28 Mei 2016

Ujian Sijil Rendah Persilatan Silat Cekak Pusaka Hanafi di UiTM Puncak Alam

Puncak Alam, 28 Mei - Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (PSSCPUHM) melalui Jabatan Ujiannya telah mengadakan program Ujian Sijil Rendah Persilatan (SRP) Silat Cekak Pusaka Hanafi bertempat di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Selangor Kampus Puncak Alam, dengan kerjasama Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UiTM Puncak Alam .

Penganjuran siri Ujian Sijil Rendah Persilatan kali disertai oleh seramai 58 orang ahli Silat Cekak Pusaka Hanafi dari kelas-kelas latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi di UiTM Puncak Alam, UKM KL, Iinstitut Bahasa, Kolej Mutiara Kajang, Kolej Vokasional Sungai Buloh, UiTM Shah Alam, UiTM Jasin, Pusat Latihan di Negeri Sembilan dan juga Pusat Latihan di Melaka.

Ujian Sijil Rendah Persilatan ini dimulakan dengan sesi ujian bertulis yang mengambil masa selama 1 jam. Sesi ujian seterusnya diteruskan dengan ujian praktikal bagi menilai prestasi setiap calon dalam menguasai kemahiran pergerakan Silat Cekak Pusaka Hanafi.

Selesai kedua-dua sesi ujian bertulis dan praktikal, Program Siri Ujian Sijil Rendah Persilatan pada kali ini diakhiri dengan sesi berkongsi pengalaman yang disampaikan oleh En Zainul Abidin bin Haji Hanafi, iaitu anak sulung kepada Pengasas Silat Cekak, Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan