Jumaat, 6 Mei 2016

Program SEDAR (Self Defense Awareness) anjuran PSSCPUH UiTM Shah Alam

Shah Alam, 5 Mei - Satu program mengenai kesedaran kepentingan seni mempertahankan diri telah diadakan di Universiti Teknologi MARA Shah Alam.

Program yang diberi nama 'Self Defense Awareness' atau singkatannya 'SEDAR' itu adalah anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UiTM Shah Alam, telah dilangsungkan bertempat di Dataran Kolej Mawar bermula jam 8.00 malam.

Seramai 30 orang kakitangan PDRM telah terlibat dalam menjayakan program yang dihadiri oleh lebih kurang 1,200 orang yang terdiri daripada siswa-siswi UiTM Shah Alam.

Program SEDAR yang dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat ini turut menyelitkan ceramah mengenai keselamatan diri khusus untuk para wanita yang disampaikan oleh Unit Amanita Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut bersama-sama hadir ke program tersebut ialah Pengerusi Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Selangor, Sr. Roslan bin Manap, dan juga Ketua-ketua Balai Polis di sekitar Shah Alam.

Program berakhir lebih kurang jam 11.00 malam.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan